ISU KEPRIHATINAN NEGARA
KONSEP PEMBANGUNAN INSAN
👉 Tahukah anda bahawa pendidikan sangat memainkanperanan yang penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, kepribadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara yang maju untuk abad ke-21. Selain itu, modal insan yang ingin dihasilkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih global dan sering berubah-ubah.
Menurut Hasani (2006) Kementerian Pendidikan Malaysia diberikan tugas yang berat sebagai pemimpin yang dapat menghasilkan generasi muda Malaysia yang berpontensi, mempunyai pelbagai kemahiran serta dapat membentuk ciri-ciri keperibadiandan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan ini telah memberikan gambaran yang jelas dalam membentuk individu yang ingin dihasilkan melalui sistem pendidikan iaitu individu yang seimbang dari segi intelektual, emosi, jasmani dan rohani.Hal ini merupakan tonggak utama dalam pendidikan negara.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan yang lebih tinggi, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara