DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
PENGENALAN
👉 Dasar merupakan satu rangkaian keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk berhubung dengan sesuatu isu
👉 Tujuan daasar ini adalah untuk menterjemahkan visi politik kerajaan dalam bentuk program dan tindakan-tindakan untuk mencapai sesuatu matlamat
👉 Dasar mengandungi pelbagai arah tuju yang melibatkan keputusan-keputusan berasaskan cabang-cabang yang luas
👉 Dasar perindustrian ini telah diperkenalkan pada era tahun 50-an dan 60-an. Dasar ini diperkenalkan untuk mempelbagaikan ekonomi kerana negara bergantung pada dua bahan komoditi iaitu getah dan biji timah
OBJEKTIF
Objektif dasar perindustrian ini telah diumumkan oleh menteri Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari tahun 1986. Dasar ini mempunyai 3 matlamat iaitu :
👉 Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara dimana pembinaan teknologi yang canggih dan maju diperkenalkan
👉 Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli. Hal ini mengakibatkan peluang pekerjaan lebih terbuka luas tanpa perlu mengharapkan peluang pekerjaan dari negara luar.
👉 Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.
SUSUN ATUR CORAK PERINDUSTRIAN NEGARA YANG DILAKUKAN
👇
Berlaku pada tahun 50-an (getah dan biji timah)
👇
Berlaku pada tahun 60-an (gantian import)
👇
Berlaku pada tahun 70-an (mempelbagai ikan Ekonomi)
👇
Berlaku pada tahun 80-an (industri berat)
👇
Berlaku pada tahun 90-an (peranan swasta dan pelaburan asing)
MENGAPA DASAR PIP DIPERKENALKAN ?
👉 Pada tahun 1980 berlaku evolusi kemelesetan ekonomi negara dimana semua harga komiditi utama telah jatuh mendadak secara serentak
👉 Industri-industri yang ditubuhkan juga kurang mempunyai nilai tambah (value added)
👉 Kurangnya hubungkait antara sektor perindustrian dengan sektor-sektor lain
👉 Mutu keseluruhannya juga tidak begitu memuaskan dan tidak mampu bersaing dengan keluaran negara-negara asing
👉 Malaysia telah menyahut cabaran Dasar Ekonomi Baru (DEB). Penyusunan semula ekonomi , kaum dam membasmi kemiskinan bandar dan luar bandar
👉 Pertubuhan sektor eksport adalah tidak begitu memuaskan. Sektor eksport ini hanya bergantung kepada elektrik, elektronik, dan tekstil
TUJUAN DASAR PIP
👉 Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan tenaga mahir di kalangan masyarakat setempat
👉 Bagi melancarkan perlaksanaan pertumbuhan ekonomi yang seimbang
👉 Untuk merealisasikan negara Malaysia ke arah modenisasi
👉 Menjadikan Malaysia sebagai satu penyumbang utama kepada sektor ekonomi masa depan
👉 Mewujudkan semangat persaingan antarabangsa
👉 Mewujudkan pelbagai industri untuk pertumbuhan bandar baru
KESIMPULAN
👉 Pelan induk perindustrian (PIP) merangkumi pelbagai strategi-strategi dan langkah-langkah yang boleh membawa Malaysia ke dalam era sesebuah negara perindustrian dan seterusnya menjadi negara yang sangat maju. Melalui perkara ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan lebih diterajui oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang berlandaskan strategi-strategi industrialisasi yang memandang ke arah luar.